Agong berkenan mengurniakan pengiktirafan kepada KPKT atas prestasi cemerlang

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, di Istana Negara pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, perkenan itu telah Sultan Ibrahim titahkan sendiri kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, ketika Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Kor Ming di Istana Negara di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Kor Ming dalam kenyataan sama berkata, ini merupakan kali pertama dalam sejarah Yang di-Pertuan Agong berangkat mencemar duli untuk merasmikan Hari Landskap Negara.

"Ia mencerminkan iltizam baginda terhadap pembangunan mampan dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

Iklan

Menurut kenyataan KPKT, HLN 2024 yang akan berlangsung selama sepuluh hari itu dijangka akan menarik kehadiran 50,000 pengunjung.

KPKT memaklumkan Kor Ming dalam sesi menghadap itu, turut mempersembahkan Kad Laporan KPKT bagi tahun 2023 kepada Yang di-Pertuan Agong.

Iklan

Kenyataan itu memaklumkan bahawa Kor Ming turut mempersembahkan sepasang karya seni Tahun Naga hasil kaligrafi dan lukisan beliau bersama pelukis antarabangsa Anton Moner, kepada Seri Paduka Baginda. - Bernama