Ronaldo mengamuk selepas tewas kepada Slovenia

Iklan
Reaksi Ronaldo yang memarahi pegawai perlawanan bertugas.

CRISTIANO Ronaldo gagal mengawal emosinya selepas Portugal tewas kepada Slovenia dalam aksi persahabatan menyaksikan dia mengamuk ketika meninggalkan padang.

Juara Euro 2016 itu tewas 0-2 kepada Slovenia pada Rabu, sekali gus menjadikan kekalahan pertama di bawah bimbingan Roberto Martinez.

Iklan
Iklan

Ronaldo yang bermain sepanjang 90 minit di Stadium Stozice berang pada penghujung perlawanan selepas mempersoalkan keputusan pengadil yang tidak mengendahkan kekasaran terhadapnya.

Ronaldo kembali beraksi selepas direhatkan ketika kemenangan Portugal ke atas Sweden minggu lalu.

Iklan

Tetapi, selepas dipanggil semula dalam kesebelasan utama malam Selasa, pemain berusia 39 tahun itu tidak dapat memberi banyak impak apabila Adam Cerin dan Timi Elsnik menjaringkan gol untuk kemenangan Slovenia.

Ronaldo tidak menyembunyikan perasaannya apabila dia dilihat meluru ke dalam terowong dan memberi isyarat marah kepada pegawai berhampiran.

Iklan

Ramai yang beranggapan bahawa Ronaldo tidak lagi berada pada tahap terbaik untuk beraksi di pentas antarabangsa.

Malah rakan sepasukannya dari Portugal, Joao Cancelo telah membayangkan bahawa mereka tidak bergantung kepadanya seperti dahulu lagi.

"Dia adalah pemain penting dan menghabiskan 15 tahun bersaing dengan Messi untuk merebut Ballon d'Or, tetapi kemuncak karier pemain bola sepak adalah antara umur 25 dan 32 tahun.

"Dia adalah pemain penting bagi kami, tetapi pasukan kebangsaan tidak bergantung sepenuhnya kepadanya," katanya.

Kejohanan Euro musim panas ini di Jerman mungkin merupakan kejohanan antarabangsa terakhir Ronaldo.

Bekas bintang Manchester United itu sudah pun menjadi penjaring terbanyak dalam bola sepak antarabangsa dengan 128 gol dalam 206 penampilan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!