Alonso dilarang ke Liverpool

Iklan
Alonso

PEMENANG Ballon d'Or, Lothar Matthaeus berkata, perpindahan ke Liverpool pada musim panas bukan pilihan tepat untuk pengendali Bayer Leverkusen, Xabi Alonso.

Alonso dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich selepas melakukan tugas yang menakjubkan bersama pendahulu Bundesliga itu.

Iklan
Iklan

Dia mengendalikan pasukan yang belum tewas dan berada 10 mata di hadapan Bayern Munich untuk merangkul kejuaraan Jerman buat kali pertama dengan baki lapan perlawanan musim ini.

Matthaeus berkata, untuk mengikuti rentak Jurgen Klopp di Liverpool akan menjadi sukar buat mana-mana jurulatih dan Alonso harus terus kekal bersama Leverkusen.

Iklan

"Liverpool bukanlah pilihan yang tepat untuk Xabi Alonso selepas musim ini. Dia mempunyai pilihan yang lebih baik,” katanya.

Matthaeus menghabiskan sebahagian besar kariernya di Bayern dan berkata, dia akan mengalu-alukan Alonso sebagai pengganti pengendali Bayern, Thomas Tuchel pada musim panas tetapi mengakui di Munich Alonso perlu membina pasukan baharu.

Iklan

Leverkusen telah menang 34 perlawanan dan seri empat kali daripada 38 aksi musim ini.

Kelab itu juga berada di peringkat separuh akhir Piala Jerman dan suku akhir Liga Europa, Alonso sedang membawa Leverkusen ke landasan untuk meraih treble.

"Kenapa berpindah ke Liverpool? Kenapa dia perlu meninggalkan pasukan terbaik ini yang membuatkan kami gembira dengan bola sepak mereka yang cantik, seperti Barcelona 12 tahun lalu," katanya.

Klopp mengejutkan dunia bola sepak pada Januari dengan mengumumkan dia akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim selepas sembilan tahun di The Reds.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!