IOI City Mall 'bergelap', tiada bekalan elektrik

Iklan
Gelap. Keadaan di dalam IOI City Mall.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Hasrat orang ramai untuk membeli-belah persiapan hari raya Aidilfitri di IOI City Mall Putrajaya terbantut apabila ia ditutup sementara berikutan masalah gangguan bekalan elektrik.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Syedewa pada Khamis.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, kiosk perniagaannya yang terletak di dalam pusat membeli belah itu terpaksa ditutup.

"Team saya berada di IOI City Mall memaklumkan di sana tiada (bekalan) elektrik," katanya.

Iklan
Paparan notis yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan IOI City Mall.

Syedewa turut memuat naik paparan notis pengurusan IOI City Mall yang menyatakan pusat membeli-belah itu ditutup pagi ini.

"Dimaklumkan bahawa IOI City Mall kini berdepan dengan masalah gangguan bekalan elektrik dan kerja baik pulih sedang dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Iklan

"Bekalan elektrik dijangka pulih antara jam 1 hingga 5 petang ini," kata notis berkenaan.

Sementara itu, TNB memaklumkan dua set janakuasa bergerak berkapasiti 1000kVA telah disediakan untuk memberi bekalan kepada kompleks tersebut.

"Pasukan TNB telah tiba di lokasi untuk memulakan kerja-kerja pemulihan kabel yang terjejas, dan kami sedang bekerjasama sepenuhnya dengan pihak pengurusan," kata syarikat itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!