Kempen #DetikDetikBerkat Kahf ajak orang ramai lakukan kebaikan

Iklan
Kempen #DetikDetikBerkat Kahf bertujuan untuk memberikan ilmu dan pendedahan tentang kebaikan penjagaan kulit wajah kepada lelaki.

SHAH ALAM - Kempen #DetikDetikBerkat Kahf yang dilancarkan Paragon Technology and Innovation (Paragon) menerusi jenama Wardah, Kahf dan Emina adalah sebagai inisiatif mengajak orang ramai melakukan kebaikan bersempena Ramadan ini.

Ketua Perdagangannya, Pravita Suwarno berkata, pemberian produk Kahf secara percuma kepada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf bagi menggalakkan lebihbramai mendapat manfaat khususnya dalam penjagaan kulit wajah kepada lelaki.

PRAVITA

Iklan
Iklan

"Kami meneruskan semua semangat baik bahawa setiap detik sangat bermakna dan mari kita berusaha memberikan kebaikan kepada diri sendiri dan juga masyarakat."Kempen ini adalah inisiatif yang bagus daripada Kahf kerana kita memberikan manfaat melalui sampel yang diagihkan kepada pengunjung,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang bermula sejak 13 Mac lalu dan kini dibuka kepada 2,000 penyertaan mampu memberikan peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Iklan

Dalam pada itu, pekerja kilang, Ahmad Aqib Mohd Yahaya, 30, meluahkan rasa gembira apabila berpeluang untuk mencuba mengenali dan mencuba produk penjagaan daripada Kahf.

"Sebelum ini saya pernah dengar produk Kahf sebagai produk penjagaan yang dirumus khas untuk lelaki cuma tidak mengetahui dengan lebih lanjut.

"Hari ini saya datang ke program berbuka puasa dan kebetulan mendapat pendedahanbbaharu malah menerima input mengenai kebaikan produk ini.

Ahmad Aqib mengakui teruja hadir pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf dan mendapat cenderahati daripada Kahf.

Iklan

"Terima kasih Kahf atas pemberian cenderamata ini dan terus memberikan kebaikan kepada semua masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, turut berkongsi pendapat, penyelia syarikat swasta, Muhamad Nor Amirul Nor Azham, 27, berkata, dia hanya mengetahui mengenai produk tersebutbselepas menyertai program berbuka puasa tersebut.

Sebagai pengguna yang masih mencari produk yang bersesuaian dengan kulitnya, dia mengakui teruja mendapat pendedahan baharu dan penjagaan yang bukan hanya untuk wanita semata-mata.

Muhamad Nor Amirul merupakan antara pengunjung yang baharu mendapat pendedahan tentang produk Kahf.

"Selama ini saya hanya pernah mendengar Wardah sahaja dan tidak pernah tahu tentang kewujudan Kahf.

"Saya sangat gembira kerana diberikan peluang untuk mencuba produk berkenaan dan kalau serasi, saya akan terus membeli dan setia dengan produk ini,” katanya.