Permainan Wau LED

Iklan
Sekumpulan penduduk Kampung Panchor menjadikan permainan wau pada waktu malam sebagai aktiviti selepas solat Tarawih sehingga menjadikan suasana di kampung tersebut cukup meriah ketika tinjauan fotoBernama di sini, malam tadi. Puluhan wau yang dipasang lampu Diod Pemancar Cahaya (LED) menghiasi permandangan langit menarik kehadiran ramai termasuk penduduk dari kampung berhampiran yang berkumpul bagi menyaksikan permainan tradisional itu pada waktu malam. - Foto: Bernama