Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari

Iklan
Tiga anggota polis dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas selesai permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima dan meminta rasuah. - Foto: SPRM Johor

JOHOR BAHRU - Tiga anggota polis direman selama empat hari bermula Khamis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.

Perintah reman terhadap kesemua berusia antara 36 hingga 42 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurzihan Abdul Rehman bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, tiga anggota polis ditahan SPRM Mersing selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah pada malam Rabu.

Sumber SPRM berkata, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 36 hingga 42 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 7 malam Selasa.

Iklan

Difahamkan, semua suspek meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM7,800 daripada pemandu lori kelapa sawit dan baja di sekitar Mersing pada November lalu.

Ia sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!