Sri Lanka penjara pelampau sami Buddha hina penduduk Islam

Iklan
Polis Sri Lanka mengawal sami Buddha, Galagodaatte Gnanasara selepas dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan menghina mahkamah pada 2018. - AFP

COLOMBO - Mahkamah Sri Lanka menjatuhkan hukuman kerja keras selama empat tahun terhadap seorang sami Buddha yang berpengaruh selepas dia menimbulkan kebencian terhadap penduduk minoriti Muslim di pulau itu.

Mahkamah Tinggi Colombo mendapati Galagodaatte Gnanasara telah menyakiti orang Islam dengan membuat kenyataan yang meremehkan agama Islam semasa melakukan sidang akhbar pada tahun 2016.

Iklan
Iklan

"Sami itu dijatuhi hukuman kerja keras selama empat tahun dan denda 100,000 rupee (RM1,561) dan dia dihantar ke penjara untuk mula menjalani hukumannya." kata seorang pegawai mahkamah.

Gnanasara telah dituduh menghasut keganasan terhadap umat Islam di negara majoriti agama Buddha itu, di mana kira-kira 10 peratus daripada 22 juta orang menganut agama Islam.

Iklan

Selain itu, dia dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Wirathu, seorang sami pelampau yang berpangkalan di Myanmar.

Difahamkan ini bukan kali pertama Gnanasara dipenjarakan.

Iklan

Pada tahun 2018, dia dijatuhi hukuman enam tahun kerana menakutkan isteri seorang kartunis yang hilang dan menghina mahkamah tetapi dia dibebaskan sembilan bulan kemudian selepas bekas presiden, Maithripala Sirisena mengampuninya.

Kemudian, bekas presiden Gotabaya Rajapaksa menjadikan Gnanasara sebagai ketua panel untuk mengesyorkan pembaharuan undang-undang bagi memastikan keharmonian agama di negara itu. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!