Anak ketiga pula menyusul 'pergi' selepas 4 hari bertarung nyawa

Iklan
Laporan Sinar Harian

KENINGAU - Anak ketiga pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda di Kilometer 16 Jalan Keningau-Apin-Api pada Ahad lalu disahkan telah meninggal dunia.

Mica Chelsino Masino, 7, yang dilaporkan parah sebelum ini disahkan meninggal dunia pada jam 11.21 malam Rabu di Hospital Likas, Kota Kinabalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, jumlah keseluruhan mangsa kemalangan yang maut adalah seramai empat orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang turut meninggal dunia pada hari kejadian.

"Sementara itu, tiga lagi mangsa iaitu dua kakaknya Charlene Myra, 9, kini dalam keadaan stabil, namun masih berada di wad pembedahan perempuan Hospital Keningau untuk pemantauan dan Camellia Mae, 11, telah sedarkan diri dan stabil namun masih dalam pemantauan di Hospital Likas manakala adiknya pula, Mattheo Charbel, 2, juga stabil dan kini berada di rumah keluarga mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Masino Gelong, 45, dan anaknya Claeryina Macthildis berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya, Chelrina Philip, 33, menyusul selepas 21 jam kemalangan itu berlaku.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada MPV yang dipandu Masino hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di laluan tersebut.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!