100 peserta pertama mendaftar boleh tebus hadiah

Iklan
Antara pengunjung yang hadir pada Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 pada Khamis. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Sebagai tanda penghargaan, seramai 100 peserta pertama mendaftar bagi mengikuti Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 dan memuat turun aplikasi Sinar Harian di telefon bimbit masing-masing berpeluang menebus hadiah percuma.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, pengunjung boleh menebus hadiah istimewa di reruai Sinar Harian setiap hari bermula pada Jumaat sehingga 5 April ini.

Iklan
Iklan

"Pemberian hadiah percuma ini sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan diberikan hingga mendapat sambutan luar biasa tahun ini. Setiap hari hampir 2,000 peserta mengambil bahagian dalam program ini.

Nik Justin

"Jadi, Sinar Harian berbesar hati memberi hadiah percuma kepada pengunjung. Acara ini juga sebagai tambahan kepada aktiviti menarik lain disediakan setiap hari.

Iklan

"Pengunjung hanya perlu menunjukkan bukti pendaftaran dan muat turun aplikasi Sinar Harian di Google Play dan Apps Store,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambah Nik Justin, orang ramai berminat untuk menyertai majlis berbuka puasa secara beramai-ramai dinasihatkan supaya membuat pendaftaran lebih awal bagi memastikan makanan disediakan mencukupi.

Iklan
Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf bermula 13 Mac hingga 5 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 5 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Program itu akan bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini.

Antara aktiviti yang disediakan ialah sesi tazkirah, ceramah, jualan makanan dan kegiatan sampingan lain yang bermanfaat di samping mengambil keberkatan Ramadan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28