Tiga langkah sekat kerakusan Israel
Iklan
SHAH ALAM - Tekanan berterusan oleh negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan antara tiga tindakan yang boleh diambil terhadap Israel daripada terus melakukan pembunuhan besar-besaran di Palestin.
Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar berkata, selain itu, langkah intervensi atau campur tangan yang lebih drastik perlu diusahakan daripada negara yang mempunyai kekuatan tentera khususnya daripada negara jiran iaitu Mesir.