[VIDEO] 'Tiada layanan istimewa kepada Najib'

Iklan

SHAH ALAM - Tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di penjara.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhammad berkata, semua banduan diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Sesiapa sahaja yang menerima hukuman dilayan sama mengikut peraturan ditetapkan.

"Ini termasuklah kepada Najib yang sedang menerima hukuman di Penjara Kajang, beliau tetap tertakluk kepada peraturan dan Akta Penjara 1995," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Tegasnya, tindakan tegas akan diambil sekiranya dikesan ada pegawai penjara yang memberi layanan istimewa kepada banduan.

"Soal ini kami di pihak penjara sama sekali tidak akan berkompromi, asas undang-undang kami sentiasa junjung tinggi," katanya.

Iklan

Pada Khamis, Wan Ji Wan Hussin yang juga merupakan seorang penceramah bebas mendakwa bekas Perdana Menteri itu menerima layanan istimewa di penjara.

Dia yang sebelum ini menerima hukuman di Penjara Kajang mendakwa Najib tidak memakai baju seperti mana banduan lain dan ditempatkan di 'blok istimewa', berbeza dengan dirinya.

Najib (kiri), Nordin

Wan Ji bebas sepenuhnya pada 22 Mac lalu setelah beberapa bulan menjalani hukuman penjara ekoran sabitan kes hasutan yang dikaitkan dengan Sultan Selangor pada 2014 sebelum ini telah keluar penjara pada 1 Januari lalu melalui Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).

Pada 23 Ogos 2022, media melaporkan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28