PUTRAJAYA - Dua hari menjelang tarikh akhir pada Ahad ini, pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) menunjukkan peningkatan iaitu 9.24 juta telah berdaftar setakat Khamis.
Ia berbanding 8.79 juta pendaftaran dibuat sehingga Rabu.
Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran PADU dengan angka 1.45 juta orang disusuli Johor 1.02 juta dan Sarawak 0.89 juta.
Berdasarkan rekod dalam sistem PADU, bilangan warganegara adalah seramai 30.08 juta.
PADU dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu dan pendaftarannya dibuka sehingga 31 Mac 2024 bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.
PADU berperanan untuk memastikan setiap warga negara yang layak menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat.
PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28