Bekas jurulatih China bersalah terima rasuah RM47 juta

Iklan
Li Tie

BEKAS jurulatih bola sepak China dan bekas pemain tengah Everton, Li Tie mengaku bersalah pada Khamis atas tuduhan menerima rasuah lebih AS$10 juta (RM47 juta).

Pengerusi Persatuan Bola Sepak China, Chen Xuyuan pula telah dipenjarakan dipenjarakan seumur hidup minggu ini kerana menerima rasuah bernilai AS$11 juta.

Iklan
Iklan

Sistem perundangan China dikawal ketat oleh Parti Komunis yang memerintah dan mahkamah mempunyai kadar sabitan hampir 100 peratus dalam kes jenayah.

Li, yang merupakan jurulatih China dari Januari 2020 hingga Disember 2021, dituduh memberi dan menerima rasuah serta mengambil bahagian dalam mengatur perlawanan, kata mahkamah Hubei dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Li menerima lebih 77 juta yuan dalam bentuk rasuah dari 2017 hingga 2021, termasuk semasa beliau bekerja sebagai jurulatih untuk kelab Wuhan Zall.

"Li Tie membuat kenyataan terakhirnya, mengaku bersalah dan menyatakan penyesalan," kata mahkamah yang memaklumkan bahawa hukuman akan diumumkan kemudian.

Iklan

Li, yang bermain dalam Liga Perdana Inggeris untuk Everton 34 kali antara 2002 dan 2004, dipaparkan dalam dokumentari yang disiarkan oleh penyiar kerajaan CCTV pada Januari mengenai rasuah yang meluas dalam bola sepak China.

CCTV kerap menyiarkan pengakuan oleh suspek jenayah sebelum mereka dihadapkan ke mahkamah, satu amalan yang dikutuk secara meluas oleh kumpulan hak asasi manusia.

Dalam program itu, Li berkata, dia telah mengatur hampir AS$421,000 sebagai rasuah untuk mendapatkan jawatan ketua jurulatih dan membantu menyelesaikan perlawanan ketika dia menjadi jurulatih kelab dalam Liga Super China.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28