14 maut siklon Gamane badai Madagascar

Iklan
Seramai 14 orang maut dan tiga yang lain cedera selepas taufan tropika Gamane membadai Madagascar, dengan tiga lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa meteorologi Madagascar pada Khamis. Foto Agensi

ANTANANARIVO (Madagascar) - Seramai 14 orang maut dan tiga yang lain cedera selepas taufan tropika Gamane membadai Madagascar, dengan tiga lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa meteorologi Madagascar pada Khamis, lapor Xinhua.

Gamane mendarat di hujung utara Madagascar pada pagi Rabu, dengan angin purata 150km sejam dan angin kencang lebih daripada 210km sejam, disertai hujan lebat, menurut Pejabat Kebangsaan Pengurusan Risiko dan Bencana (BNGRC) Madagascar.

Iklan
Iklan

Seramai 36,307 orang termasuk 9,024 isi rumah terjejas oleh siklon itu yang memusnahkan tujuh wilayah di negara itu. Kira-kira 18,565 orang atau 4,849 isi rumah diarah berpindah dan mendapatkan perlindungan di 68 lokasi kecemasan yang diwujudkan di pelbagai lokaliti.

Banjir yang menyusul menyebabkan kerosakan besar, menenggelamkan 6,675 rumah dan hampir 1,698 sawah manakala 617 kediaman musnah, menurut BNGRC. - Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28