KEMPEN negara dalam pertandingan skuasy Tournament of Champions (ToC) di New York, Amerika Syarikat berakhir selepas satu-satunya pemain lelaki negara yang melepasi cabaran awal, Ng Eain Yow tumpas dalam pusingan ketiga kejohanan, pada Ahad (Isnin di Malaysia).
Pemain bukan pilihan itu bagaimanapun mempamerkan aksi cukup hebat semasa menentang pemain nombor tiga dunia Tarek Momen dari Mesir sebelum tewas dengan 9-11, 4-11, 11-3 dan 9-11 dalam perlawanan yang berlangsung selama kira-kira 42 minit, menurut laman web kejohanan: www.tocsquash.com.