RAMAI dalam kalangan kita yang masih keliru ataupun memandang ringan mengenai pengurusan harta. Tahukah anda bahawa kisah yang menyedihkan seperti kemelut harta antara waris dapat dielakkan sekiranya pengurusan harta disediakan sewaktu masih hidup.
Hibah, wasiat dan faraid, ketiga-tiga kaedah ini adalah aspek penting dalam pengurusan harta pusaka menurut ajaran Islam.
Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini adalah ketetapan yang diperintahkan oleh ALLAH SWT sekali gus memperlihatkan keagungan-NYA supaya manusia menjadikan ia sebagai panduan dalam menguruskan harta dunia.
Hibah pemberian ketika hidup
Walaupun mempunyai perbezaan dari segi maksud, rukun dan syaratnya, namun ketiga-tiga kaedah itu saling melengkapi selain memenuhi keadilan bagi setiap anggota sesebuah keluarga.
"Tidak semua dalam kalangan ahli keluarga kita layak untuk mendapat agihan faraid. Sebagai contoh, anak saudara daripada adik perempuan atau kakak kita tidak tersenarai di dalamnya.
"Begitu juga dengan keluarga yang tidak dikurniakan zuriat sendiri, tetapi mempunyai anak angkat dan mereka yang masih bujang.
"Maka di situlah Islam memberi saluran atau menyarankan cara untuk kita memberi kebajikan kepada mereka (waris dan bukan waris). Inilah hukum fiqah bagi tujuan pengurusan harta ini,” katanya ketika menjadi panel dalam program POV Podcast Sinar Islam Plus bertajuk 'Antara Hibah, Wasiat Dan Faraid: Mana yang Terbaik?’ dibawakan oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia.
Tambah Zahari, dalam pengaturan kadar dan ketentuan, faraid memiliki pecahan-pecahan tertentu yang ditetapkan oleh al-Quran, sementara wasiat hanya boleh mencapai satu pertiga dari jumlah harta. Namun, hibah tidak terbatas dalam hal kadar atau pecahan.
"Kepada mereka yang berhasrat untuk berwasiat, biarlah ia melibatkan harta pusaka yang bermanfaat dan diiktiraf oleh syarak, selain direkodkan serta membuat dokumentasi berkaitan untuk menunjukkan hasrat,” jelasnya.
"Islam itu sebenarnya amat fleksibel. Faraid, wasiat mahupun hibah, ketiga-tiga kaedah ini sebenarnya bertujuan untuk memandu kita untuk mengurus harta lebih awal,” katanya.
Melalui Hibah Bersyarat, takaful memenuhi keperluan kewangan dan perlindungan dengan cara yang sesuai dengan prinsip-prinsip syariah, sambil memberikan lebih banyak pilihan kepada individu untuk menguruskan harta setelah kematian mereka.
Takaful Sun Heritage-i perlindungan sehingga RM5 juta
Bagi mereka yang merancang pengurusan harta pusaka, Sun Life Malaysia menawarkan produk pelan takaful Sun Heritage-i yang memberikan perlindungan sehingga RM5 juta tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan, serta tempoh pembayaran yang fleksibel.
Sebagai rakan takaful yang dipercayai, Sun Life Malaysia juga menawarkan perkhidmatan penamaan atas talian atau e-hibah yang pertama dalam negara untuk memudahkan pelanggan membahagikan harta kepada orang tersayang tanpa kekangan masa dan jarak.
Jika anda ingin memahami lebih lanjut tentang fungsi hibah dalam pengurusan harta, boleh ikuti https://www.sunlifemalaysia.com/campaigns/takaful-podcast/.
Maklumat lanjut mengenai Sun Life Malaysia, layarilah www.sunlifemalaysia.com.