KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri

Iklan
Tangkap layar perkongsian Khairy tentang pengalamannya mengisi PADU. Gambar kecil: Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.

Dalam perkongsian di Instagram, Khairy mengutarakan isu yang harus ditangani dengan sistem berkenaan apabila mendapati akaunnya telah dibuat sedangkan beliau belum mendaftar lagi.

Iklan
Iklan

Khairy turut berkongsi tangkap layar ‘pop-up’ yang menunjukkan bahawa akaun telah dibuat menggunakan butiran kad pengenalannya.

"Akhirnya dapat mendaftar PADU hari ini. Baru nak daftar, dah kecundang. Saya tidak pernah mendaftar sebelum ini!" katanya.

Iklan

Bagaimanapun, selepas lapan jam mengutarakan isu itu di media sosialnya, Khairy memaklumkan tindakan telah diambil oleh pihak PADU dan akhirnya beliau berjaya mendaftar akaunnya sendiri.

"PADU melihat isu saya dan menetapkan semula log masuk IC (kad pengenalan). Terima kasih! Ada individu yang telah mendaftar menggunakan nombor IC saya.

Iklan

"Identitinya telah didedahkan dalam talian, yang saya tidak pasti adakah ia satu perkara yang baik,” katanya dalam hantaran terbaharu di Instagram,” jelasnya.

Khairy juga menekankan kepentingan menangani isu itu melalui saluran yang betul.

"Perkara yang betul untuk dilakukan ialah membuat laporan polis atas kecurian identiti, yang saya akan lakukan.

"Bukannya sebar dan bocorkan maklumat individu terbabit dalam talian. Itu mengundang lebih banyak syak wasangka terhadap PADU," katanya.

Walaupun terdapat masalah pendaftaran yang dihadapi oleh Khairy, beliau meneruskan proses pendaftarannya dan menyerahkan maklumat e-KYC yang diperlukan seperti yang dikehendaki oleh PADU.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28