Jual makanan tidak seindah rupa

Iklan
BERLAKU jujurlah dalam berurus niaga dan jangan menipu. - Gambar hiasan/CANVA

Apakah hukum peniaga bazar Ramadan berbuat demikian?

MELIHAT rupa makanan dijual di bazar Ramadan begitu menyelerakan. Tambahan pula, kita sememangnya sudah seharian menahan lapar dan dahaga kerana berpuasa.

Dek kerana tertarik dengan fizikalnya, lalu kita pun membelinya. Begitulah keadaannya yang berlaku kepada segelintir orang.

Iklan
Iklan

Malangnya, saat tibanya waktu berbuka, makanan yang dibeli tadi terkurang dari segi rasanya.

Ketika itu, perasaan terkilan, sedih dan geram semuanya menjadi satu. Terdetik rasa enggan lagi membelinya daripada peniaga berkenaan.

Iklan

Apakah hukumnya peniaga bazar Ramadan yang menyediakan makanan cantik pada luaran, tetapi tidak indah seperti rupanya?

Mengulas tentang perkara itu, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri terlebih dahulu mengajak kita terlebih dahulu menelusuri adab dalam berjual beli.

Iklan

DR ZULKIFLI

"Pertama sekali, adab sebagai peniaga atau penjual, mesti kena ada tasamuh iaitu toleransi. Mudah kata, mereka jual dengan cara bertoleransi dan baik. Begitu juga dengan pembelian.

"Dalam berurus niaga, perlu ada konsep reda melibatkan kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli. Andai hanya sebelah pihak sahaja yang reda, ia tidak akan jadi.

"Biarlah kedua-dua mereka reda untuk membayar dengan duit dan satu lagi memberi barang (jualannya)," katanya dalam program Sembang Ramadan Tanya je Ustaz! yang diadakan di Auditorium Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Dalam hal seperti itu, katanya, terdapat pantang tertentu iaitu penipuan (ghurur).

"Ghurur itu bermaksud ketidaktentuan dan ketidakjelasan sesuatu itu hingga boleh mengelirukan orang," terangnya.

Diriwayatkan pada satu hari, Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apakah semua ini, wahai pemilik makanan?” Lelaki itu menjawab:"Makanan ini telah ditimpa hujan, wahai Rasulullah."Lantas Baginda bersabda:"Kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu di sebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya. Barang siapa yang menipu, maka ia bukan daripada agamaku (yang sempurna).” (Hadis Riwayat Muslim)

"Sebaiknya sebagai peniaga, letakkanlah diri kita pada tempat pembeli. Sudah tentu ada konsep meraikan dan perbuatan tersebut jauh lebih barakah," ungkapnya.