Kento Momota alami retak kecil di bahagian hidung

Iklan
kento momota

PUTRAJAYA - Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dalam insiden kemalangan awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria kepada pemberita sebentar tadi.

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan beliau Momota mengalami keretakan kecil di bahagian hidung, cedera ringan di bahagian pipi dan keadaannya stabil," katanya.

Menurutnya, selain Momota, Pegawai Teknikal BWF, Wiliam Thomas, Pembantu Jurulatih Japan BA, Hirayama Yu dan pegawai fisioterapi Morimoto Akifumi.

Iklan

"Buat masa ini mereka akan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan sehingga keadaan mengizinkan untuk mereka pulang ke Jepun", katanya.

Terdahulu dalam insiden awal pagi ini, kesemua mereka menaiki van yang dipandu B Nageswarau, 24, dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan.

Iklan

Pemandu berkenaan meninggal dunia di lokasi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pemandu van maut pemain badminton dunia cedera nahas