Pelajar maut dipukul: Reman 13 remaja lelaki disambung

Iklan
Laporan Sinar Harian sebelum ini.

LAHAD DATU - Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April ini.

Majistret Nur Asyraf Zolhani membenarkan permohonan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Suddin Tjinke agar tempoh reman dilanjutkan bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan diteruskan terhadap kesemua pelajar berusia 16 hingga 19 tahun itu.

Iklan
Iklan

Mereka ditahan pada 22 Mac lepas selepas Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam pada beberapa bahagian badan di atas lantai bilik asrama di kolej vokasional di sini.

Kesemua remaja itu kemudiannya ditahan reman enam hari bermula 23 Mac.

Iklan

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad dilaporkan berkata, siasatan polis mendapati isu kehilangan wang dua pelajar, masing-masing berjumlah RM50 dan RM35, menjadi punca perselisihan faham sehingga mengakibatkan kematian mangsa yang dituduh mencuri. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan