Kenyataan Cuepacs seperti tegakkan benang yang basah

Iklan
Pandak

JOHOR BAHRU - Kenyataan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa Menteri Besar Johor untuk memberi sebarang teguran kepada penjawat awam secara berhemah tanpa perlu diuar-uarkan dalam media sosial disifatkan menegakkan benang yang basah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad menggesa pihak yang berkaitan melakukan semakan dan turun padang.

Iklan
Iklan

"Kenyataan Cuepacs terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hanyalah menegakkan benang yang basah. Sebagai ADUN kawasan, saya juga kerap mengiringi Menteri Besar.

"Kami kena hadap keluhan dan komen rakyat, rakyat hubungi kami dan meletakkan tanda pagar di media sosial, sebagai pemimpin kita tidak boleh berdiam.

Iklan

"Sekiranya tidak berkongsi masalah sebenar di sosial media, macam mana rakyat nak tahu, sekarang semua di hujung jari," katanya dalam Facebook miliknya.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Mohd Nordin untuk mengelak timbul situasi sehingga tidak menggambarkan situasi sebenar.

Iklan

Terdahulu pada Selasa, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Ajeet Singh Gurbax Singh memuji usaha Onn Hafiz yang sering turun padang dan melawat Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri.

Bagaimanapun, katanya, Onn Hafiz juga perlu memberi tumpuan kepada isu rakyat khususnya membabitkan golongan B40.

Sebelum itu pada Ahad, Onn Hafiz meluahkan rasa kecewa apabila mendapati lebih 13 kaunter di laluan kereta tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan.

Mengulas lanjut, Pandak yakin segala usaha Menteri Besar Johor bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak.

Menurutnya, sekiranya pentadbiran di CIQ baik dan lancar, rakyat juga akan menghargai jasa dan komitmen penjawat awam.

"Bukankah itu memberi impak yang baik terhadap perkhidmatan awam negara.

"Masa puncak CIQ untuk hari minggu pun tak tahu, Menteri Besar turun padang hari Ahad dan buat pengetahuan Cuepacs dan KPISM, waktu puncak hari bekerja dan cuti hujung minggu berbeza.

"Kalau hari bekerja, pagi dan petang sahaja akan sesak tetapi kalau hujung minggu, sepanjang hari sesak kerana ramai keluar masuk Johor-Singapura.

Beliau berpandangan Abdul Rahman tidak benar-benar tahu masalah yang berlaku di pintu sempadan Johor.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28