Buruh Myanmar ditahan cabul penyelia

Iklan
Mohd Zamri

KAMPUNG RAJA - Tindakan seorang lelaki warganegara Myanmar mencabul kehormatan penyelianya mengundang padah apabila dia ditahan polis, petang kelmarin.

Buruh lelaki berusia 26 tahun itu didakwa mencabul wanita berusia 35 tahun di sebuah chalet dekat Pantai Bukit Keluang pada Jumaat lepas.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa yang telah berumahtangga mendakwa dicabul suspek di bilik asrama penginapan pada jam 4.45 petang.

Menurutnya, semasa kejadian hanya mangsa dan suspek berada di tempat kejadian kerana mangsa yang bertugas sebagai penyelia membuat pemantauan ke atas kerja-kerja membaiki paip yang dijalankan suspek.

Iklan

"Suspek didakwa telah bertindak menarik tangan mangsa dan mencabul kehormatan mangsa termasuk mencium mulut serta pipi mangsa.

"Mangsa terus menjerit meminta bantuan sambil menolak suspek sebelum berjaya melarikan diri dan meninggalkan tempat kejadian,” katanya.

Iklan

Mohd Zamri berkata, mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja.

Menurutnya, susulan daripada laporan itu, polis mengesan dan menahan suspek di tempat kerjanya pada jam 4.20 petang, kelmarin.

"Saringan awal air kencing ke atas lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) itu mendapati dia negatif dadah dan suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripadanya.