'Tiada perubahan, situasi di Gaza masih sama'

Iklan
Antara pesakit yang terpaksa keluar dari hospital kerana masalah kekurangan katil yang semakin kritikal. - Foto Agensi

GENTING GAZA - Badan amal, Doktor Tanpa Sempadan (MSF) pada Khamis menzahirkan keluhan kerana tiada perubahan tentang situasi Perang Gaza sejak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan Resolusi 2728 pada awal minggu lalu.

"Kami tidak melihat sebarang impak positif tentang resolusi gencatan senjata segera itu ke atas penduduk Gaza termasuk cara penghantaran bantuan kemanusiaan. Keadaan masih sama,” kata Presiden Antarabangsa MSF, Christos Christou sambil menambah tuntutan mereka juga tidak diendahkan.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, MSF menuntut tempoh bertenang secara kekal dan menghentikan sebarang bentuk serangan ke atas kemudahan kesihatan serta kakitangan perubatan.

Difahamkan, staf MSF masih ditempatkan di sejumlah hospital yang masih beroperasi di Gaza setelah perang berlarutan selama lebih lima bulan melumpuhkan sistem kesihatan di wilayah tersebut.

Iklan

Antara bantuan diberikan pertubuhan itu termasuk penjagaan ibu selepas menjalani pembedahan caesarean.

"Golongan itu yang masih lemah dipaksa untuk keluar dari hospital beberapa jam selepas melahirkan anak kerana ketiadaan katil. MSF memainkan peranan untuk menambah bilangan katil untuk golongan itu,” jelasnya lagi.

Iklan

Christou turut menyuarakan kebimbangan terhadap pelan jahat rejim Zionis untuk melancarkan ofensif berskala besar di Rafah yang kini sesak dengan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal.

"Operasi ketenteraan itu akan mencetuskan 'bencana' di bandar paling selatan Gaza tersebut,” ujarnya. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28