Tarawih lapan rakaat, witir 20 minit sahaja

Iklan
Kaedah solat tarawih ringkas selama 20 minit memberi peluang kepada golongan warga emas dan mereka yang uzur untuk tidak ketinggalan solat di masjid.

KUALA TERENGGANU - Solat sunat tarawih lapan rakaat dan witir yang dilakukan secara ringkas dengan mengambil masa selama kira-kira 20 minit menjadikan Masjid Buluh Gading di sini tumpuan ramai.

Kaedah yang diamalkan itu antara lain bertujuan memastikan golongan warga emas dan uzur tidak terlepas peluang menyertai solat tarawih berjemaah di masjid berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut imam masjid, Muhammad Hafiz Abdul Halim, 22, sepanjang Ramadan ini, masjid berkenaan menerima sekitar 500 jemaah yang bersama-sama menunaikan solat tarawih dan witir pada setiap malam.

Masjid Buluh Gading diimarahkan oleh ramai jemaah yang tidak ingin melepaskan peluang menunaikan solat sunat tarawih bersama-sama.

Katanya, solat tarawih ringkas di masjid berkenaan bermula jam 8.45 malam dan selesai sekitar jam 9.05 malam iaitu 25 minit lebih awal berbanding di tempat lain.

Iklan

"Solat tarawih yang ringkas ini antaranya bagi menggalakkan golongan yang uzur supaya dapat sama-sama menunaikan solat berjemaah sepanjang bulan Ramadan.

"Sebabnya antara empat rakaat tu ada sesi tazkirah sikit lepas tu dia sambung balik solat. Kita kat sini tiada tazkirah, dari segi bacaan pula kita baca surah pendek tak ada masalah sebab untuk memendekkan masa tak nak bagi jemaah tunggu lama terutama jemaah uzur," katanya.

Iklan

Sementara itu, jemaah masjid, Mohd Shukri Salleh, 48, berkata, bacaan yang ringkas ketika solat tarawih itu menarik jemaah terutama golongan muda dari kampung di sekitar masjid berkenaan untuk sama-sama menunaikan solat tarawih.

Sebahagian jemaah yang menyertai solat tarawih di Masjid Buluh Gading, Kuala Terengganu.

"Solat tarawih kat sini cepat sebab imam akan baca surah dia pendek sahaja dia tahu orang tua ramai sini tak mahu penat sebab tu dia baca surah pendek," ujarnya.

Senada dengan Mohd Shukri, Muhammad Shahir Shaari, 30, pula berkata, kaedah tersebut menarik lebih ramai golongan muda untuk ke masjid.

"Bagi saya sembahyang di Masjid Buluh Gading bukan sahaja cepat tapi ringkas. Jadi ramai anak-anak muda yang datang untuk tunai solat tarawih dekat sini.

"Dengan sedikit ruang masa yang ada selepas tarawih itu mereka boleh selesaikan urusan-urusan lain bersama keluarga," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28