Kembar Siam terkenal AS berkahwin, sedia jadi ibu

Iklan
Gambar perkahwinan Abby (kiri) dan Bowling pada 2021. Foto Agensi

WASHINGTON - Pasangan kembar Siam, Abby dan Brittany Hensel yang cukup dikenali kerana membintangi siri realiti televisyen di Amerika Syarikat (AS) tidak lagi hidup berdua tetapi bertiga.

Menurut laporan Daily Mail, Abby, 34, yang juga seorang guru dilaporkan telah berkahwin dengan jururawat lelaki dan veteran tentera berumur 33 tahun, Josh Bowling tiga tahun lalu.

Iklan
Iklan

Dalam sebuah filem dokumentari yang dirakam ketika kembar Siam itu masih remaja beberapa tahun lalu, ibu mereka berkata, anak-anaknya berhasrat untuk mempunyai anak sendiri suatu hari nanti.

"Ya.... kami sedia menjadi ibu,” kata Brittany, sambil Abby pula menambah:"Kami akan menjadi ibu suatu hari nanti, tetapi kami tidak mahu bercakap tentangnya.”

Iklan

Abby dan Brittany berkongsi satu badan, organ dalaman dan organ pembiakan, namun boleh melakukan tugas secara berasingan antara satu sama lain.

Keadaan itu membolehkan mereka mengandung seperti wanita normal yang lain, tetapi tidak jelas siapa yang akan menjadi ibu sah kepada bayi yang dilahirkan. - Agensi

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28