‘KDN FC selesa status bukan pasukan pilihan’

Iklan
Oday Kharoub

PEMAIN import Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Oday Kharoub menganggap pasukannya akan turun selaku 'underdog' dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25.

Justeru, pemain import dari Palestin itu mengakui sebagai pasukan bukan pilihan, mereka perlu melipatgandakan usaha dan tidak memberikan laluan mudah kepada pasukan lain.

Iklan
Iklan

"Kita (pemain) perlu menunjukkan kekuatan supaya setiap pasukan akan sentiasa berwaspada dengan kelebihan yang kita miliki.

"Sekarang, latihan berjalan dengan lancar, tempoh ini sangat penting sebagai persediaan kerana semua usaha kerja adalah 100 peratus berbentuk fizikal bagi mencapai tahap kesediaan tertinggi sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia,” katanya menerusi penterjemah baru-baru ini.

Iklan

Oday turut menuntut rakan sepasukan menetapkan matlamat tinggi supaya setiap kelab yang beraksi dalam Liga-M sentiasa berfikiran bahawa adalah sukar apabila menentang KDN FC.

"Sebagai pemain import sudah jelas cabaran utama adalah membantu KDN FC menjadi pasukan yang kuat dalam setiap perlawanan,” katanya.

Iklan

Oday berkata beliau juga tidak berdepan masalah berkomunikasi dengan rakan sepasukan selama berada hampir tiga bulan di bumi Kelantan.

"Sekarang, saya masih menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan dan bukan menjadi masalah. Setiap pemain tahu tugas masing-masing. Ini sangat memudahkan komunikasi dengan melaksanakan setiap arahan daripada jurulatih,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28