Masa terbaik Leverkusen padam dominasi Bayern

Iklan
Alonso (tengah) memimpin Leverkusen menerajui Bundesliga dengan perbezaan 10 mata ke atas Bayern di tempat kedua.

BAYER Leverkusen dilihat berpotensi untuk meraih gelaran Bundesliga pertama sekali gus menamatkan dominasi 11 tahun jagoan Jerman, Bayern Munich.

Keyakinan tersebut diluahkan bekas kapten Bayern, Philipp Lahm menerusi prestasi cemerlang Leverkusen sejak awal musim dan perkembangan tersebut baik buat Bundesliga.

Iklan
Iklan

Lahm turut mengagumi rekod tanpa kalah Leverkusen musim ini yang membolehkan skuad kendalian Xavi Alonso mengutip 70 mata, 10 mata di depan Bayern.

Malah, Lahm percaya saingan hebat tersebut mampu memberi nilai tambah buat Bundesliga, selain menyaksikan pemburuan gelaran bakal berlarutan sehingga ke penghujung musim.

Iklan

"Saya tak fikir ia buruk buat Bundesliga jika ada kelab lain selain Bayern menjadi juara. Musim lalu sangat menarik menyaksikan saingan sengit sehingga aksi terakhir yang cukup bagus untuk liga.

"Leverkusen pamer aksi mantap sejak permulaan musim dan mempunyai sedikit tuah yang menukar nasib mereka. Semua pemain mempunyai peranan dan itu ditekankan pengurusnya Xavi Alonso,” ujar Lahm.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28