Anak penyanyi dangdut Sheeda meninggal dunia

Iklan
Sheeda (kiri) turut membuat perkongsian sama berhubung berita sedih kematian anak ketiganya itu di akaun media sosial miliknya.

KUALA LUMPUR - Anak ketiga penyanyi dangdut Sheeda, Nur Fazlinda Ahmad Fazli, 24, atau Alin meninggal dunia jam 11.30 pagi di sini pada Khamis.

Kakak Allahyarham, penyanyi Bienda, 39, atau nama sebenarnya, Nor Razlinda Razli turut berkongsi berita sedih kehilangan adik perempuannya itu pada jam 11.30 pagi di laman Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

Dalam perkongsian di laman Instagram tersebut, Bienda turut menzahirkan rasa sedih dan meminta para peminat memanjatkan doa untuk adik tersayang.

"Saya mewakili adik saya memohon maaf andai ada kesalahan Alin/Faz yang pernah melukakan hati kalian. Mohon dihalalkan makan dan minumnya juga,” tulisnya.

Iklan
Gambar kenangan Bienda (kanan) bersama adiknya, Nur Fazlinda Ahmad Fazli.

Ujar Bienda lagi, jenazah Allahyarham adiknya itu dibawa ke Masjid Zaid Bin Haritsah, Gombak dan arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak selepas Asar semalam.

Ibu Allahyarham, Sheeda turut membuat perkongsian sama berhubung berita sedih kematian anak ketiganya itu di akaun media sosial miliknya.

Iklan

Arwah Nur Fazlinda adalah cahaya mata Sheeda bersama bekas suami keduanya, Ahmad Fazli Mohammad yang bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ketika Allahyarham berusia 13 tahun.

Menerusi perkahwinan pertama, Sheeda dikurniakan cahaya mata iaitu Bienda dan abangnya, Hafizul Razli.

Pada 2007, Sheeda bertemu jodoh kali ketiga dengan guru, Sukri Hashim, namun bercerai pada 2019 lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aiman, 16.