Jurulatih kena tahu had bebanan pemain

Iklan
Saingan BATC di Shah Alam Februari lalu menyaksikan Ng Tze Yong menarik diri akibat mengalami kecederaan belakang. (Gambar kecil: James Selvaraj)

BEKAS Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj mengibaratkan hanya jauhari mengenal manikam apabila memperkatakan isu kecergasan dan kecederaan yang membelenggu pemain negara ketika ini.

Malah bekas pemain perseorangan lelaki negara itu menegaskan setiap jurulatih seharusnya lebih tahu tahap keupayaan dalam kalangan pemain masing-masing.

Iklan
Iklan

"Ya, saya akui semua atlet daripada pelbagai cabang sukan lain pun sememangnya terdedah kepada aspek kecergasan dan risiko kecederaan baik semasa pertandingan atau latihan.

"Contoh jika buat press up, sekiranya pemain itu biasa buat 15, maksimum paling tinggi adalah 18 bukan 20. Namun saya percaya perkara ini dapat dielakkan sekiranya seseorang jurulatih itu lebih mengenali pemainnya,” katanya kepada Sukan Sinar.

Iklan

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky sebelum ini berharap isu kecergasan dan kecederaan menimpa skuad lelaki negara pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 tidak berulang pada Piala Thomas di Chengdu, China bulan depan.

Malah, Rexy mengakui dalam dilema memikirkan insiden melibatkan beberapa tonggak utama pada BATC 2024, memandangkan beliau tidak pernah berdepan situasi terbabit sama ada ketika bergelar pemain atau jurulatih.

Iklan

Saingan BATC 2024 menyaksikan skuad lelaki mengharungi detik mencemaskan selepas dua pemain perseorangan, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan.

Situasi berlaku selepas Zii Jia dan Tze Yong masing-masing mengalami kesukaran bernafas akibat resdung serta kecederaan belakang.

Pada masa sama James juga menegaskan penting kehadiran pegawai Institut Sukan Negara (ISN) memantau sesi latihan terutamanya membabitkan aspek kecergasan pemain.

"Datuk Lee Chong Wei ketika aktif sebelum ini mendapat khidmat jurulatih kecergasan dari ISN, Mohd Roesdi Ab Ghani. Mungkin lebih ramai lagi perlu dilibatkan dalam aspek fizikal dan kecergasan pemain.

Jadi saya harap BAM, ABM dan ISN dapat bekerjasama lebih rapat melihat perkara ini.

"Satu lagi BAM lebih selektif memilih kejohanan yang disertai pemain-pemain negara bagi mengelak risiko kecederaan. Mengambil contoh Kejohanan Piala Thomas-Uber penghujung April diikuti Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai, kebanyakan kejohanan ketika ini bersifat jadual padat.

"Pemain-pemain juga perlu menilai keupayaan badan sendiri apabila berdepan jadual padat selain lebih berkomunikasi dengan jurulatih masing-masing,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28