BANGKOK - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita Thailand berusia 46 tahun ditahan di Songkhla, selatan Thailand kelmarin kerana disyaki menyeludup masuk kaki ayam bernilai RM77,972 dari Malaysia.
Bahagian Polis Perlindungan Pengguna (CPPD) di bawah Biro Siasatan Pusat (CIB) Daerah Hat Yai diketuai Lt Kol Polis Anand Buakaew berkata, pasukan itu sebaik sahaja mendapat maklumat menyerbu sebuah pondok di Daerah Hat Yai yang dijadikan sebuah gudang sejuk beku untuk menyimpan karkas haiwan, terutamanya ayam itik yang diseludup dari Malaysia.