Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus tekan Israel

Iklan
Ahli keluarga Rabaya berbuka puasa di tengah-tengah runtuhan rumah mereka, yang musnah akibat serangan Israel, semasa bulan suci Ramadan di Rafah pada Sabtu lepas di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan pejuang Hamas. Foto AFP

KUALA LUMPUR - Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk menekan Israel bagi memenuhi obligasinya dan menegakkan undang-undang antarabangsa serta menghentikan keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Wisma Putra berkata, keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza menyebabkan penduduk wilayah itu kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.

Iklan
Iklan

"Malaysia komited dalam memperjuangkan isu Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

"Malaysia juga menggesa supaya Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB," kata kenyataan tersebut.

Iklan

Dalam kenyataan tersebut, Wisma Putra menyatakan Malaysia mengalu-alukan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 28 Mac lepas bagi kes berkaitan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Gaza.

Israel secara berterusan menjalankan operasi ketenteraaan di keseluruhan Gaza walaupun resolusi 2728 (2024) diterima pakai pada 25 Mac 2024. - Awani

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28