CUCKOO, MyCreative Ventures bantu golongan memerlukan

Iklan
(Dari kiri) Kian Choon bersama barisan duta CUCKOO 2024, Siti Nurhaliza, Jaclyn dan Phei Yong.Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Jenama pencipta kediaman sihat, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd bersama Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) bekerjasama membantu golongan memerlukan.

Menerusi program Bazar CUCKOO X RIUH dalam kempen #SAMASAMABuatBaik, ia bertujuan mewujudkan kesejahteraan masyarakat di negara ini.

Iklan
Iklan

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hoe Kian Choon berkata, program tersebut dibuat selama tiga hari iaitu bermula 29 hingga 31 Mac 2024.

Menurutnya, melalui inisiatif ‘Kamu Like, CUCKOO Derma’ dan ‘Kamu Derma, CUCKOO Salurkan’ merupakan usaha untuk mengagihkan alat penapis air serta barangan keperluan harian kepada rumah kebajikan.

Iklan
(Dari kiri) Jaclyn, Kian Choon, Fahmi, Siti Nurhaliza, Teo Nie Ching, Zainariah dan Phei Yong dalam program pelancaran memperkenalkan duta CUCKOO 2024 di Sentul Deport, Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB

"Menjelang Hari Raya Aidilfitri ini kami berharap rakyat Malaysia dapat bersama-sama CUCKOO membantu golongan yang memerlukan.

"Bantuan ini penting bagi mewujudkan masyarakat yang lebih baik dengan mencipta persekitaran dan kediaman sihat selaras dengan matlamat syarikat kami.

Iklan

"Menerusi penganjuran Bazar CUCKOO X RIUH merupakan langkah permulaan dalam membantu golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Bazar CUCKOO X RIUH #SAMASAMA RAYA di Sentul Depot pada Jumaat.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital,Teo Nie Ching serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative), Zainariah Johari.

Dalam pada itu, menurut Kian Choon, pada ulang tahun CUCKOO yang ke-10, mereka turut menampilkan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor serta pempengaruh, Phei Yong sebagai duta baharu syarikat.

Tambah beliau, lantikan duta baharu tersebut adalah bagi membina hubungan erat rakyat Malaysia dan menggalakkan lebih ramai untuk memiliki gaya hidup lebih sihat.

"Ketiga-tiga duta ini mencerminkan semangat kami untuk menjadi jenama yang memberi inspirasi kepada semua lapisan dan generasi masyarakat untuk menjalani kehidupan lebih sihat,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kolaborasi antara MyCreative Ventures (MyCreative) dan Cuckoo berpotensi membantu lebih ramai peniaga daripada golongan belia memasarkan produk.

Menurutnya, penganjuran acara tersebut akan diperluas di beberapa negeri bagi mengalakkan lebih banyak penyertaan golongan belia dalam memperkenalkan produk tempatan.

"Kita mahu galakkan lebih ramai anak muda terlibat dengan program seperti ini,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28