Hubungan kaum dahulu dan kini
Iklan
SELALUNYA kita mendengar daripada generasi sebelum ini yang menyatakan hubungan antara kaum bersifat harmoni dan muhibah. Cerita mereka sering dikaitkan dengan zaman persekolahan pada 1960-an dan 1970-an. Semua kaum belajar sekali dan saling sayang menyayangi.
Terdapat kebenaran dalam pencerahan mereka, cuma kurang tepat dalam konteks seluruh negara. Zaman 1960-an dan 1970-an adalah zaman pergolakan Darurat 2.0 (1968-1989), dengan keselamatan negara masih diancam oleh pengganas Parti Komunis Malaya.