Pandangan Draf PTKL 2040 dilanjut hingga 15 April

Iklan
Kamarulzaman Mat Salleh

KUALA LUMPUR - Pandangan Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 2 April sehingga 15 April 2024.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh berkata, sepanjang tempoh tersebut, orang awam boleh terus menghadiri Sesi Pameran Draf PTKL2040 di Menara DBKL1 selain mengemukakan pandangan di https://ppkl.dbkl.gov.my/e-pandangan/.

Iklan
Iklan

"Keputusan dibuat setelah mengambil kira akan kompleksiti Draf PTKL2040 dan masih terdapat permintaan bagi melanjutkan tempoh pandangan oleh orang awam.

"Ia juga mengambil kira persetujuan secara konsensus oleh ahli Parlimen dan wakilnya semasa Sesi Pengemukaan Pandangan Bersama Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya menerusi kenyataan.

Iklan

Draf PTKL2040 diluncurkan pada 30 Januari lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Sesi Draf PTKL2040 telah dipamerkan untuk mendapat pandangan awam bermula 31 Januari sehingga 1 Mac 2024.

Iklan

Tempoh itu kemudian telah dilanjutkan sehingga 1 April 2024 setelah mengambil kira pandangan ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan, orang awam dan pihak berkepentingan.

Ia sekali lagi dilanjutkan sehingga 15 April ini.

Susulan lanjutan itu, Kamarulzaman meminta warga kota tampil mengemukakan pandangan, cadangan dan idea.

Ujarnya, pandangan tersebut dapat membantu merealisasikan visi pelan pembangunan Kuala Lumpur iaitu Bandar Untuk Semua.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!