Rezeki Syawal untuk anak yatim Pertubuhan Warisan Suci

Iklan
Francis (enam dari kiri) dan Junaidy (tujuh dari kanan) bergambar kenangan bersama anak yatim dan kurang bernasib baik dari Pertubuhan Warisan Suci yang diraikan sempena Aidilfitri.

PUTRAJAYA - Pusat Beli Belah Alamanda berkongsi rezeki dengan menjemput seramai 45 anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pertubuhan Warisan Suci, Kajang untuk membeli-belah persiapan Hari Raya Aidilfitri sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Kesemua kanak-kanak berusia bawah enam tahun itu yang diiringi Pengurus Pertubuhan Warisan Suci, Siti Khadijah Nadzri disambut mesra oleh Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Junaidy Jamaludin.

Iklan
Iklan

Selepas membeli-belah kasut raya dan baju raya serta menerima duit raya, mereka boleh memilih apa sahaja hidangan yang dimahukan daripada menu makanan untuk berbuka puasa.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, sebagai satu-satunya pusat beli-belah di Putrajaya, pihaknya menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting dalam melibatkan diri dan menyokong masyarakat secara aktif, terutamanya kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

Iklan
Kanak-kanak lelaki membeli belah baju dan kasut raya.

"Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa ingat bahawa tidak ramai yang mempunyai keistimewaan ini.

"Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan Hari Raya bersama anak-anak Pertubuhan Warisan Suci,” katanya ketika ditemui di Alamanda di sini pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, Siti Khadijah berkata, sebagai penjaga kepada kanak-kanak tersebut, beliau amat berterima kasih kepada Pusat Beli Belah Alamanda kerana memberikan kegembiraan dan memberi mereka peluang menyambut Syawal dengan penuh kegembiraan.

"Layanan istimewa daripada pihak Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini.

"Pertubuhan Warisan Suci ialah rumah kebajikan yang menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan terutamanya anak yatim," katanya.

Alamanda sedang menjalani pembaharuan besar-besaran buat pertama kali sejak beroperasi pada 2004.

Pengubahsuaian bermula pada 20 Jun 2023 dan dijadualkan siap pada suku keempat tahun ini.

Pembangunan semula itu bertujuan untuk memperluas ruang beli-belah dengan kebesaran kira-kira 110,000 kaki persegi bagi menampung pelbagai peniagaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!