9.82 juta kemas kini data dalam sistem PADU

Iklan
Seramai 9.82 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data dan maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seramai 9.82 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data dan maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.

Menurut status di laman Facebook PADU Official, Selangor merekodkan 1.56 juta individu telah mengemas kini data manakala Johor (1.10 juta), Perak (0.98 juta), Sarawak (0.90 juta), Sabah (0.83 juta) dan Kedah (0.76 juta).

Iklan
Iklan

Selain itu, Kelantan (0.67 juta), Kuala Lumpur (0.57 juta), Pulau Pinang (0.56 juta), Pahang (0.55 juta), Terengganu (0.46 juta), Negeri Sembilan (0.42 juta), Melaka (0.30 juta), Perlis (0.11 juta), Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.03 juta) dan Labuan (0.02 juta).

Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini data diminta berbuat demikian sebelum sistem PADU ditutup esok (31 Mac), sama ada di https://www.padu.gov.my atau di kaunter PADU berdekatan. - Bernama

Iklan
Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28