Al-Sultan Abdullah titah masjid laksana solat Istisqa' mohon hujan

Iklan
Al-Sultan Abdullah mengambil kesempatan meninjau paras air Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El-Nino ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada 28 Mac lalu. Foto FB Kesultanan Pahang

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua masjid di negeri ini melaksanakan solat Istisqa' memohon hujan dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat ekoran cuaca panas kesan fenomena El Nino ketika ini.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, Al-Sultan Abdullah turut bertitah menasihatkan rakyat Pahang khususnya agar meminum air secukupnya selepas berbuka puasa dan mengehadkan aktiviti di luar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain itu baginda menasihatkan rakyat agar berjimat dalam penggunaan air.

"Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit kesan dari fenomena ini,Tuanku sarankan agar segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Ahmad Khirrizal berkata, Al-Sultan Abdullah sebelum ini meninjau paras air Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.

"Baginda juga telah mendapat makluman terdapat beberapa kejadian kebakaran hutan di Negeri Pahang berikutan fenomena tersebut.

Iklan

"Fenomena ini menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering yang boleh menyebabkan kesan sampingan dan risiko mengalami dehidrasi dan strok haba," katanya.

Beliau berkata, fenomena itu juga boleh menyebabkan krisis bekalan air, kebakaran hutan dan penyakit berkaitan jerebu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!