AS, Israel dijangka bincang serangan ke atas Rafah Isnin ini

Iklan
Seorang lelaki Palestin membawa barang-barang yang ditemui dalam serpihan bangunan berikutan pengeboman Israel di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza pada Rabu. Foto AFP

WASHINGTON - Menurut laporan media, wakil dari Israel dan Amerika Syarikat (AS) dijangka mengadakan pertemuan di sini pada Isnin untuk membincangkan rancangan serangan darat Israel ke atas bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Seorang delegasi Israel pada asalnya dijadualkan tiba pada minggu ini untuk mendengar kebimbangan AS mengenai serangan itu dan akan diberikan pandangan alternatif.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membatalkan perjalanannya selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu meluluskan satu resolusi untuk satu gencatan senjata segera di Gaza tanpa bantahan daripada AS.

Pihak Israel mencadangkan perbincangan itu ditunda sehingga Isnin, kata CNN yang memetik pegawai AS pada Jumaat. - Bernama/dpa

Iklan
Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28