Presiden Palestin mahu Israel berundur sepenuhnya dari Gaza

Iklan
Seorang lelaki Israel bersembahyang di Bukit Zaitun menghadap pekarangan Masjid al-Aqsa pada Jumaat. Foto AFP

RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata pada Jumaat bahawa Israel perlu berundur dengan segera dan sepenuhnya dari Semenanjung Gaza serta menghentikan segala tindakan unilateral di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Beliau berkata demikian semasa perbualan telefonnya dengan Presiden Bulgaria Rumen Radev yang menumpukan kepada isu Palestin, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).

Iklan
Iklan

Abbas menekankan kepentingan sebuah negara Palestin untuk menjalankan tanggungjawabnya di Gaza dan Tebing Barat dan mengetengahkan keperluan menubuhkan satu mekanisme untuk kemasukan bantuan kemanusiaan dan perubatan ke Gaza.

Beliau juga menekankan pencegahan pemindahan rakyat Palestin secara paksa dan keperluan mendapatkan status negara anggota penuh dalam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Iklan

Radev berharap konflik di Gaza akan berakhir dan menyuarakan keinginannya untuk melihat rakyat Palestin mencapai kemerdekaan dan mempunyai semua hak mereka sebagai warganegara. - Bernama/WAFA

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan