PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula

Iklan
Takiyuddin Hassan

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mendakwa pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal, sekali gus menuntut ia segera dibentangkan semula pada sesi Parlimen akan datang setelah mendapat perkenan baharu daripada Majlis Raja-Raja.

Ia susulan penangguhan 'mengejut' sidang Dewan Rakyat Rabu lalu tanpa perbahasan dan undian bagi RUU berkenaan selepas ia dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Iklan
Iklan

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan pada hakikatnya berdepan masalah lebih besar, iaitu ketidakcukupan sokongan sekiranya perbahasan diteruskan dan diikuti pengundian mengikut jadual.

Menurutnya, pemeriksaan senarai kehadiran Parlimen pada 27 Mac 2024 mendapati seramai 211 orang ahli Parlimen berdaftar hadir, manakala 11 orang ahli Parlimen tidak hadir, sembilan daripadanya merupakan ahli Parlimen blok kerajaan.

Iklan

"Ini menjadikan jumlah ahli Parlimen kerajaan yang hadir adalah seramai 145 orang sahaja (termasuk enam orang yang asalnya dalam kalangan PN), iaitu kurang tiga orang berbanding sejumlah 148 orang yang diperlukan bagi meluluskan pindaan Perlembagaan dengan sokongan minimum dua pertiga ahli Parlimen.

"Adalah lebih menonjol lagi apabila hitungan rambang semasa bacaan kali kedua dibuat mendapati jumlah ahli blok kerajaan kurang daripada 145 orang kerana pada masa itu Timbalan Perdana Menteri I dan beberapa menteri tidak kelihatan berada dalam Dewan walaupun hadir pada sebelah paginya.

Iklan

"Selain masalah kelulusan RUU tersebut kerana ketidakcukupan sokongan dua pertiga, kegagalan kerajaan dalam hal ini juga adalah dianggap sebagai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan kerajaannya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Takiyuddin menambah, RUU Pindaan Perlembagaan juga diterima secara konvensyen sebagai 'agenda besar' kerajaan dan kegagalannya mendapat sokongan mencukupi menyebabkan ia dianggap telah kehilangan kepercayaan Dewan Rakyat.

Sehubungan itu beliau mendakwa, PN beranggapan kerajaan secara tidak jujur telah bertindak secara melulu dan menyalah guna Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat tanpa alasan serta penjelasan yang sah.

"Lebih malang, menteri berkait kemudiannya muncul dengan alasan yang lemah dan bermuslihat bagi 'menyelamatkan keadaan' dan menutup kelemahan serta kegagalan kerajaan itu.

"Justeru PN dengan tegasnya menggesa agar kerajaan perlu lebih bermaruah dan jujur dalam hal ini dengan mana Menteri Dalam Negeri perlu meletakkan jawatannya dengan segera," katanya.

Pada Jumaat, Saifuddin memberitahu, perbahasan untuk cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung undang-undang kewarganegaraan perlu diberi ruang lebih luas.

Katanya, semua ahli Parlimen akan berpeluang membahaskan RUU berkenaan pada sesi Dewan Rakyat yang akan datang.

RUU tersebut memerlukan majoriti dua pertiga ahli Parlimen memandangkan ia melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Takiyuddin menambah, RUU Pindaan Perlembagaan juga diterima secara konvensyen sebagai 'agenda besar' kerajaan dan kegagalannya mendapat sokongan mencukupi menyebabkan ia dianggap telah kehilangan kepercayaan Dewan Rakyat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!