Orang ramai sambut baik kempen Wardah

Iklan
Caption: Paragon Technology and Innovation (Paragon) menyediakan cenderamata sebanyak 1,500 sepanjang lima hari tajaan program Iftar Ala Madinah @Karangkraf.

SHAH ALAM - Sepanjang bulan Ramadan, Paragon Technology and Innovation (Paragon) melalui jenama Wardah, Kahf dan Emina telah menjalankan pelbagai program dalam usaha untuk menyebarkan mesej positif, mengajak dan menggalakkan perkara baik di bulan mulia ini.

Antara program yang dijalankan adalah kempen #teruskanlangkahbaikmu dan #detikdetikberkat selain menyediakan cenderamata sebanyak 1,500 sepanjang lima hari tajaan program Iftar Ala Madinah @Karangkraf.

Iklan
Iklan
Rata-rata orang ramai menyambut baik kempen dan program yang dijalankan oleh Wardah sempena bulan Ramadan tahun ini.


Seorang pengunjung Syarifah Hanisah Syed Yunus, 25 berkata, dia percaya kempen yang dijalankan oleh Wardah dapat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk berbuat baik dan memberi kesan berpanjangan.

SYARIFAH HANISAH

"Kita buat baik bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi bulan-bulan lain juga. Saya percaya kempen yang dijalankan Wardah akan sampai kepada orang ramai kerana produk tersebut senang untuk didapati dan sangat dekat dengan masyarakat.

"Saya sendiri pakai Wardah dan sering mengikuti produk terbaru mereka sekali gus membuatkan saya sedar mengenai kempen yang dijalankan," ujarnya.

Iklan

Sementara itu, seorang pelajar Yusuf Syafirol Hafiz, 17 memberitahu, kempen dan pemberian cenderamata itu perlu diteruskan oleh Wardah kerana dapat menarik perhatian masyarakat tidak kira umur dan jantina.

YUSUF SYAFIROL

Iklan
"Selain dapat beramal pada bulan Ramadan, Wardah juga dapat mempromosikan produk mereka dalam kalangan pengunjung yang datang.

"Saya sendiri tertarik dengan produk Wardah selepas mendapat barangan percuma ketika mengunjungi program Iftar Ala Madinah @Karangkraf," ujarnya.

Bagi Wan Nur iffah Haziqah Md Zamri, 30, kempen Wardah itu dapat membuka mata orang ramai mengenai kecantikan.

WAN NUR IFFAH

"Kita bukan sahaja perlu cantik luaran malah dalaman juga.

"Saya juga berpendapat kempen sebegini baik untuk memasarkan produk Wardah agar lebih dikenali bukan sahaja di Malaysia tetap negar lain juga," katanya.