RM100 juta untuk Kampung Angkat Madani - Nik Nazmi

Iklan
Nik Nazmi (tengah) ketika Forum Profesional Anak Kelantan 2024 di Kota Bharu pada Sabtu.

KOTA BHARU - Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk menjayakan program 40 Kampung Angkat Madani di seluruh negara.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun berkata, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan untuk empat kampung di Kelantan bagi menjayakan program tersebut.

Iklan
Iklan

"Kampung terlibat di negeri ini ialah Pasir Pekan Tengah, Tumpat, Kampung Batu Papan (Gua Musang), Jenal di Dabong (Kuala Krai) dan Aril, Melor (Ketereh).

"Pilihan kampung dibuat berdasarkan kepada kampung yang sangat memerlukan bantuan dari segi keperluan asas serta mempunyai banyak kekurangan," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Forum Profesional Anak Kelantan 2024 di sini pada Sabtu.

Iklan

Menurut beliau, melalui cara ini kerajaan dapat menyelesaikan masalah kemudahan asas yang dihadapi oleh penduduk di kampung berkenaan.

Ujarnya, tumpuan diberikan kepada perkhidmatan asas seperti jalan kampung, lampu jalan, bekalan air, elektrik, capaian internet dan sebagainya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28