Bas pesiaran terbalik: Polis kenal pasti identiti sebenar mangsa maut

Iklan
Laporan Sinar Harian.

BENTONG - Mangsa wanita yang dilaporkan maut dalam kejadian bas persiaran terbalik di Kilometer 51.4 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) berhampiran hentian rehat Lentang, Bentong pada pagi Jumaat dikenal pasti sebagai Lim Hwee Fong, 54.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superuntenden Zaiham Mohd Kahar berkata, berdasarkan maklumat dan siasatan lanjut mendapati mangsa yang meninggal dunia bukan berdasarkan kad pengenalan atas nama Liew Chun Len, 43, yang ditemui dalam bas ketika nahas berlaku.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setelah semakan dibuat terhadap kad pengenalan yang ditemui mendapati pemilik kad pengenalan tersebut individu berlainan.

"Pemilik kad pengenalan itu pernah membuat laporan polis berhubung kehilangan dokumen pengenalan dirinya itu di Kuantan pada Julai tahun lalu.

Iklan

"Keluarga mangsa sebenar yang meninggal dunia terlihat bas dinaiki mangsa terlibat kemalangan berdasarkan rakaman video di media sosial sebelum menghubungi pihak hospital," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Zaiham berkata, keluarga terbabit seterusnya datang ke hospital untuk pengecaman dan membuat laporan polis selepas identiti sebenar mangsa dikenal pasti.

Iklan

Sementara itu katanya, hasil semakan ke atas pemandu bas mendapati lelaki itu memiliki 15 rekod saman lampau.

"Enam daripadanya saman pandu laju, enam saman kemalangan dan tiga saman lain-lain kesalahan.

"Selain itu, semakan ke atas nombor pendaftaran bas tersebut juga didapati mempunyai tujuh saman pandu laju dan satu saman kemalangan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan keputusan toksikologi sampel darah pemandu.

"Pemeriksaan Puspakom ke atas bas terbabit akan dilakukan pada 2 April ini," katanya.

Dalam kemalangan itu Jumaat lalu, dua penumpang terdiri seorang wanita dan lelaki warga asing maut selepas bas persiaran dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 51.4 Lebuhraya KLK berhampiran hentian rehat Lentang, Bentong.

Nahas itu turut mencederakan 13 penumpang dan dua daripada mereka termasuk pemandu bas dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28