Insiden lempar bola api: Jangan ambil tindakan sendiri

Iklan
Laporan Sinar Harian

KOTA SAMARAHAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil tindakan sendiri susulan insiden melempar bola api ke kedai serbaneka KK Mart Sungai Isap di Kuantan pada jam 5 pagi tadi.

Beliau berkata, sebaliknya orang awam perlu menghormati dan mematuhi proses perundangan jika terdapat sebarang salah laku.

Iklan
Iklan

"Negara ini negara aman. Jangan guna isu kaum atau agama untuk memporak-perandakan (negara). Saya juga telah beritahu pihak polis supaya tidak bertolak ansur sama sekali dalam perkara ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Sarawak 2024 di sini hari ini.

Insiden di KK Mart Sungai Isap telah menyebabkan kebakaran kecil di hadapan pintu masuk kedai serbaneka itu.

Iklan

Sebelum ini cawangan KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor, Perak turut mengalami nasib serupa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini berkata, polis akan mengerah seluruh kekuatan bagi mengawal dan mengekalkan ketenteraman awam di Malaysia susulan insiden tersebut.

Iklan

Sementara itu, mengulas mengenai pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Sarawak, Perdana Menteri berkata segala isu berbangkit boleh dibincang dengan baik.

"Pendaftaran PADU di Sarawak baik, perbincangan juga baik. Terdapat beberapa kebimbangan yang kita terima dan kita akan tangani dengan baik, semua isu boleh dibincangkan dengan baik,” kata beliau. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!