'Tugas utama guru mengajar, mendidik'
Iklan
KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berpandangan sudah tiba masanya untuk kerajaan mewujudkan jawatan warden asrama sekolah sepenuh masa dan pembantu guru selari dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dijangka bermula tahun depan.
Presidennya, Aminuddin Awang berkata, warden sepenuh masa akan dapat menangani isu buli di asrama sekolah, manakala jawatan pembantu guru pula berupaya menyelesaikan isu beban tugas guru yang berlarutan sejak sekian lama.