‘Dia mungkin perisik Israel’
Iklan
SHAH ALAM - Penahanan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport negara lain dan memiliki senjata api berserta 200 peluru baru-baru ini perlu dilihat dalam skop yang serius termasuk kemungkinan dia seorang perisik, mengambil kira krisis peperangan di Palestin.
Pakar kriminologi, Shahul Hamid Abd Rahim berkata, ini kerana pengakuan yang dibuat lelaki berkenaan bahawa motifnya untuk membalas dendam terhadap musuh telah menimbulkan banyak persoalan.