Langkah MIC kembalikan semula sokongan kaum India
Iklan
SHAH ALAM - Tiada bukti kukuh menunjukkan ramai bekas penyokong dan pemimpin Parti Kebangsaan Kongres India Malaysia (MIC) 'berhijrah' secara beramai-ramai untuk menyertai pakatan pembangkang atau mana-mana parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, setakat ini tiada bukti kukuh menunjukkan banyak cawangan dan bahagian MIC yang terpaksa dibubarkan kerana tindakan ahli dan pemimpinnya melompat parti dan menyertai PN.