RTM setelah 78 tahun
Iklan
ESOK – 1 April 2024 – Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan merayakan ulang tahun penubuhannya yang ke-78.
Tidak dapat dinafikan dalam tempoh hampir lapan dasawarsa kewujudannya, perbadanan penyiaran milik kerajaan yang lahir di Singapura pada tarikh sama pada 1946 itu telah mengalami pertumbuhan amat pesat dan barangkali di luar dugaan pemerhati dunia media itu sendiri.