JOHOR BAHRU - Tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk senjata api serta 200 butir peluru di Kuala Lumpur pada Rabu wajar dipuji kerana berjaya mencegah jenayah besar daripada berlaku yang boleh mengancam keselamatan negara.
Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ayahanda Malaysia (Masia) Johor, Zamrin Hamzah berkata, siasatan menyeluruh perlu dilakukan melibatkan dalang dalam dan luar negara kerana jenayah yang cuba dilakukan lelaki Israel itu amat serius kerana turut membabitkan kedaulatan negara.
"Daripada apa yang dimaklumkan, lelaki Israel ini menyusup masuk ke negara ini dengan perancangan sangat teliti. Walau apapun syabas kepada PRDM dan apa yang perlu dilakukan ialah tingkatkan keselamatan dan cari semua yang terlibat dengan lelaki ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Bufet Ramadan 2024 Pertubuhan Kebajikan Sinar Insan Islam Malaysia (Persim) Malaysia Iftar Bersama Anak Yatim dan Penyampaian Watikah Pelantikan di Hotel Trove Johor Bahru di sini pada malam Sabtu.
Turut hadir Presiden Persim, Moharam Baharom yang juga Presiden Masia.

Moharam dan Zamrin merakam kenangan selepas Majlis Bufet Ramadan 2024 Pertubuhan Kebajikan Sinar Insan Islam Malaysia (Persim) Malaysia Iftar Bersama Anak Yatim.